Semakin ramai manusia tiba, termasuklah pelaut-pelaut dan puak-puak
baru. Tanah Melayu menjadi tempat persimpangan perdagangan laut pada
zaman lampau. Pelaut-pelaut yang datang ke pantai Semenanjung Tanah
Melayu termasuklah orang-orang India, Mesir, Timur Tengah, Jawa, dan
Cina. Ptolemy menamakan Tanah Melayu sebagai
Aurea Chersonesus (Semenanjung Emas) sementara Tanah Jawa pula digelar sebagai
Labadius satu perkataan yang diubah dari bahasa sanskrit lama. Gelaran asal di dalam Sanskrit ialah
Yavadvipa.

Pada ketika ini, kemahsyuran dan kemewahan yang terdapat di segenap
pelusuk Asia Tenggara
telah tersebar luas sejauh eropah. Kemewahan ini
kebenyakkannya digambarkan sebagai ‘Kemewahan yang tidak disentuh’ oleh
cerdik pandai dari barat pada zaman itu memandangkan tiada
kerajaan-kerajaan besar di kawasan sekitar Asia Tenggara.

Maka sememangnyalah tidak hairan apabila
Claudius Ptolemaeus atau
Ptolemy, seorang ilmuan dari
Alexandria atau
Macedonia
amat berminat dengan hasil-hasil bumi di sekitar Asia Tenggara sehingga
beliau melukiskan peta Asia mengikut kefahaman beliau. Beliau turut
melakarkan peta dunia dalam pengajian beliau mengenai Geografi dunia.
Ini juga menunjukkan bahawa para ilmuan Eropah dan barat telah lama
memerhatikan keadaan di sekitar Asia Tenggara atau Nusantara, tetapi
atas beberapa sebab, mereka hanya berjaya sampai ke sini pada kurun
ke-16. Tetapi disebalik fakta ini, ada beberapa pendapat mengatakan
bahawa telah berlaku beberapa siri eksplorasi penjelajahan dari
kalangan penduduk
Iskandariah atau
Alexandria yang mengikuti siri penaklukan
Iskandar Zulkarnain atau
Alexander The Great.
0 komentar: