Kedatangan pengaruh Hindu-Buddha mula memasuki kawasan Nusantara
hanya beberapa ratus tahun selepas itu. Mereka ini mula memperkenalkan
kebudayaan, seni bina, bahasa, tulisan, perkataan, makanan, adat resam,
agama, sistem kerajaan, pendidikan moral dan banyak lagi kepada
masyarakat setempat. Mereka ini mendirikan kerajaan Melayu tempatan
pertama sendiri yang dikenali sebagai Srivijaya atau Vijayanaggar yang bertahan selama 1400 tahun.
Terdapat pelbagai versi kisah-kisah mengenai kedatangan
pengaruh Hindu-Buddha ke alam Nusantara dicatitkan. Ini termasuk di
dalam penulisan Tun Sri Lanang – Sulalatus As-Salatin, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Hang Tuah, Kisah Raja-Raja Pasai dan sebagainya. Bagaimanapun, saya akan huraikan perkara ini kemudian.
Pada masa ini, Asia Tenggara atau Kepulauan Melayu telah terbahagi
kepada dua bahagian. Bahagian yang pertama adalah dari kerajaan
Srivijaya yang mana kemudiannya pada era moden ini telah membentuk
Malaysia, Indonesia dan Singapura. Bahagian yang kedua pula adalah dari
kerajaan-kerajaan kuno Burma, Siam dan Khmer yang kemudiannya membentuk
negara-negara moden Indo-China seperti Thailand, Vietnam, Kemboja dan
sebagainya.
Pengaruh serta kuasa-kuasa Hindu-Buddha ini kemudian memperluaskan
penggunaan bahasa serta penulisan mereka di sini. Mereka juga
menggelarkan Asia Tenggara dengan nama ‘Suvarnabhumi’ yang bermaksud ‘Tanah-Tanah Emas’.
My Facebook
Kategori
- Movie (3)
- Music (2)
- Nilai Kehidupan (11)
- Novel (3)
- Pantun (4)
- Pengetahuan (3)
- Puisi kehidupan (5)
- Puisi ungkapan hati (3)
- Sejarah (8)
- Syair (4)
- video (3)
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
- 28 Okt - 4 Nov (10)
- 21 Okt - 28 Okt (40)
posting populer
-
Hidup yang pelik Mencekam hati Merenggut dada Menopang jiwa Menusuk batin Seakan telah menjadi takdir hidup ini Meratapi bulan di malam ...
0 komentar: